Friday, August 6, 2010

Hadiah untuk mama

Mama..
ku tahu nun jauh di tanah seberang,
tinggallah mama yang menunggu detik kepulangan ku,
dengan penuh rasa kesabaran dan suka cita,
tak jemu mama berdoa mohon perlindungan,
demi anak mama yang tercinta.
Mama..
ku sedar Laut china selatan telah ku langkahi,
Tanah Malaya kini ku jejaki ,
Ku tunaikan permintaan mu mama,
Menuntut ilmu berguna demi masa depan ku,
Untuk menjadi seorang yang berguna apabila dewasa..
Mama..
Kau lah segalanya bagiku,
Dan kau juga lah yang terbaik dan termanis bagiku mama..
Ku bersyukur kasih mama tercurah untukku,
Tak mungkin ada ganti yang sebaik mama..
Mama..
Di waktu begini ,Dapatku bayangkan wajah mu sekarang mama,
Muka mama yang kurus dipenuhi peluh yang bercucuran,
Tengah menghempas pulas mencari rezeki ,
Dari pagi hingga ke petang ,
di bawah panas teriknya mentari..

Mama..
Aku berjanji ,suatu masa nanti,
Takkan ku tinggalkan mama lagi,
Takkan ku biarkan mama berkerja keras,
Ku biarkan mama rehat dan menikmati kesenangan,
Kerana akan ku jaga mama hingga ke akhir hayat.
Mama..
Di sini ku bersendirian tanpa mama,
ku sangat rindukan kasih mama,
Dikala ku suka dan duka,
Bila ku Berjaya atau gagal,
Ketika hidupku senang atau susah,
Mama di kejauhan sentiasa ku kenang..
Mama..
Sampai lah masanya,inilah hadiah untuk  mu ,mama,
Mama Yang senantiasa bertakhta dihatiku,
Berkat Doa mama yang memberi ku kejayaan,
Terimalah segulung ijazah buat mu,mama tercinta..




No comments:

Post a Comment