Friday, August 6, 2010

Kau yang terindah

Sahabat..hadir mu telah menceriakan hidupku,
Dikala hidupku kelabu,kau cerahkan kembali langit ku dengan tawa ria,
Disaat ku berduka ,kau hadir tanpa jemu menghiburkan aku,
Ku suka masa kau mula berlawak jenaka dan membuatkan kita tertawa,
Betapa ku gembira bila kau ada ,kerana hari-hariku indah penuh dengan kegembiraan.

 Kau tak ubah seperti keperluan jiwa yang mesti ku penuhi,
Kau adalah ladang hati yang ku taburi dengan rasa kasih,
Dan ku tuai dengan penuh rasa terima kasih,
Ku hampiri mu di saat hati lupa dan disaat jiwa mahu kedamaian,
Ketika  berpisah, paling  ku kasihi  dan ku nampak lebih jelas dalam ketiadaan mu,

Ku cari mu untuk menghidupkan sang waktu,
Kerana kau  lah yang bisa mengisi kekuranganku,dan bukan mengisi kekosonganku.
Tidak ku mencari sahabat sekadar untuk bersama membunuh waktu ,
Bagi mu sahabat,akan ku persembahkan yang terindah ,
Manisnya dalam persahabatan jika biarkan ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.




No comments:

Post a Comment