Friday, August 6, 2010

Mengapa adanya Suka dan Duka?

Bila suka ,kita rasa betapa hidup ini begitu indah dengan langit yang begitu cerah..then bila munculnya duka,mula lah kita merasa suramnya hidup ini dengan langit yang berwarna kelabu..tapi percayalah,setiap apa yang berlaku dalam hidup ini ada pasang dan surutnya,,tak ubah juga seperti roda yang berputar,,sekejap kita berada di atas,dan ada masanya kita berada di bawah.

SUKA..kita hanya berasa suka bila kita mempunyai kebahagiaan,kesenangan,kejayaan dan segala yang indah2 belaka.kita berasa bahagia kerana mempunyai kasih sayang daripada keluarga,kawan-kawan serta insan yang mencintai kita.Dan juga melalu kasih sayang  daripada mereka juga lah banyak membantu kita berjaya dalam hidup dalam mengejar cita-cita,kerana adanya mereka hadir dalam hidup kita yang sentiasa memberikan motivasi,nasihat serta dorongan.

DUKA...bila kita menemui kegagalan,maka muncul lah kesedihan..kita sedih kerana apa yang kita harap kan tidak menjadi seperti yang disangka.kecewa adalah merupakan kesakitan yang paling sakit dalam dunia ini.walau tidak nampak darah,tapi dalam hati darah mengalir tanpa henti.Sangat sakit jika dikhianati oleh orang yang kita percaya ,sehingga kan begitu sukar untuk kita memberikan kepercyaan itu semula.tapi,kena lah beringat bahawa kita tidak layak menghukum di atas kesilapan orang lain.
Ada kalanya kita kecewa jika kita tidak berjaya dalam sesuatu perkara yang dilakukan.
Tetapi,jangan lupa bahawa kegagalan adalah punca kebangkitan kita untuk berjaya.

Jika kita sedih,janganlah kita menyerah kepada kesedihan dan jangan dengan sengaja menyeksa diri.Dalam hidup ini,kita perlu tabah dan sentiasa berfikiran positif jika berhadapan dengan masalah.Ada bagusnya timbulnya masalah kerana bagi saya,ianya membantu kita berfikir untuk mencari jalan penyelesaian dan dalam masa yang sama kita akan mendapat pengalaman yang beharga kepada diri kita dan juga orang lain.
kadang-kadang apa yang terjadi memang ada hikmah di sebaiknya,dan percayalah setiap apa yang berlaku adalah di atas kehendak Tuhan untuk menguji kita,kerana Dia lah yang mengatur segalanya..=)
kesimpulannya,,juz think positively tau^_^
Hati yang riang akan membuatkan seseorng itu Panjang umur dan hidup lebih bahagia=)

No comments:

Post a Comment